Radya memiliki makna historis. Makna Historis yaitu makna yang berhubungan dengan sejarah, dalam hal ini asal usul raja mulai dari Ingkang Sinuhun Kangjeng Susuhunan Paku Buwana I. Sejarah raja merupakan silsilah yang tercermin dalam lingkaran bulat telur. Gambar paku dan bumi menunjukkan nama Paku Buwana, yaitu Ingkang Sinuhun Kangjeng Susuhunan Paku Buwana I. Nama tersebut kemudian dipakai sebagai nama raja-raja yang memerintah Karaton Surakarta dan Sinuhun Paku Buwana I hingga Paku Buwana XII

Gambar Surya (matahari) mengisyaratkan nama R.M.G. Sasangka, yang kemudian bernama Panembahan Purbaya. Kemudian gambar bintang, dalam bahasa Jawa disebut Kartika atau Sudama, mengisyaratkan nama R.M.G. Sudama yang kemudian bergelar Pangeran Balitar. Makna historis tersebut selengkapnya dapat diperiksa pada Bagan Silsilah.

Radya Laksana di samping makna utamanya sebagai Silsilah Karaton Surakarta juga memiliki makna sebagai penanda identitas dan penanda estis.

Radya Laksana dalam bentuk lencana sering dipasang di baju sebelah kiri, menjadi motif batik, sebagai vandel yang dipasang di rumah atau sebagai relief yang dipasang di gapura karaton. Dalam hal yang demikian Radya Laksana di smaping memiliki fungsi sebagai simbol identitas juga sebagai simbol estetika atau keindahan.

Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia,

Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan

Paku Buwono ke 13, Kanjeng Gusti Pangeran Haryo (KGPH) Sinuhun Hangabehi

Darjah diterima Sinuhun : –

KGPH., DKT., DKSN., DKSK., DK., ANS (N9 Malaysia), DKNS (N9 Malaysia PBXII) Doktor Kehormat (DR.) Universitas Global (GULL, USA)., DK., (Phil Buayan) DYMM. SISKS Paku Buwono XIII, Sinuhun Hangabehi adalah anak tertua dari 35 kakak beradik. Baginda gemar bermain keyboard dan baginda juga berjaya mencipta beberapa lagu koleksi peribadi baginda, Sinuhun juga menghabiskan masa lapang dengan bersukan seperti boling dan riadah motosikal berkuasa tinggi.

DYMM. SISKS Paku Buwono XIII, KGPH Sinuwon Hangabehi bertakhta pada tahun 2004, menggantikan ayahdanya sebagai Raja keturunan Kerajaan Majapahit (Mataram) untuk generasi XIII di Istana Surakarta Hadiningrat. Baginda adalah ketua adat budaya Jawa dan semua aktiviti kebudayaan Jawa yang dianjurkan di bumi Jawa. baginda dihormati dan disanjungi oleh rakyat dan tetamu seluruh Dunia.

Sebagai makluman, Istana Surakarta Hadiningrat, Solo Indonesia, mempunyai kawasan seluas 54 hektar, di samping pengiktirafan budaya dari kerajaan Republik Indonesia, baginda juga menerima beberapa anugerah tertinggi diraja dari beberapa buah rumah institusi DiRaja dan Negara, baginda juga dianugerahkan Doktor Kehormat daripada Universitas Global (GULL, Amerika Syarikat)

Baginda bukan sahaja banyak membantu rakyat bahkan keturunannya amat disanjungi oleh Kerajaan Republik Indonesia dan diistiharkan sebagai Pahlawan Nasional oleh Presiden Republik Indonesia. Tahun 2011 : Presiden akan menyematkan tanda gelar pahlawan,” kata Juru Bicara Kepresidenan Julian Aldrin Pasha di Bina Graha, kompleks Istana Kepresidenan, kemarin (7/11). Namun dia enggan memberikan bocoran siapa tokoh yang akan mendapatkan gelar pahlawan nasional itu termasuk apakah mantan Presiden Soeharto dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang akan ditetapkan sebagai pahlawan. Saat penetapan gelar pahlawan tahun lalu, dua nama itu termasuk yang sering disebut. “Dilihat saja besok jumlahnya berapa. Nanti akan kita dengar bersama nama-namanya,” elakny

Julian hanya menerangkan, penetapan pahlawan nasional tersebut melalui prosedur, seperti pengusulan dari masyarakat. Pembahasannya kemudian dilakukan oleh Dewan Gelar, Tanda Jasa, dan Tanda Kehormatan yang diketuai oleh Menko Polhukam Djoko Suyanto. “Ada prosesnya untuk menetapkan gelar pahlawan,” kata peraih doktor politik Hosei University, Tokyo, Sementara itu, informasi yang diperoleh, salah satu yang ditetapkan sebagai pahlawan nasional adalah Sri Susuhunan Pakubuwono X. Anugrah tersebut akan diterima langsung oleh Dr.BRA. Mooryati Soedibyo sebagai cucu dari Paku Buwono X dan Prof. Dr. Gunawan Sumodiningrat sebagai cicitnya.

“Gelar kehormatan ini sangat disyukuri dan dibanggakan oleh kerabat dan sentono dalem Karaton Surakarta Hadiningrat, masyarakat Surakarta serta Jawa Tengah pada umumnya,” kata Mooryati Soedibyo. Menurutnya, setidaknya ada lima alasan yang membuat Pakubuwono X pantas dianggap sebagai pahlawan nasional. Antara lain peran aktif dalam perjuangan pergerakan nasional, pelopor pembangunan sosial ekonomi, pendidikan rakyat, pembentukan jati diri bangsa, dan berperan dalam integrasi nasional.

Persatuan Penggiat Kebudayaan Jawa Malaysia (PPKJM). Persatuan ini ditubuhkan bagi menggerakkan aktiviti kebudayaan jawa – Malaysia Indonesia bagi mengeratkan lagi jurang diantara Negara dalam konteks : –

1. Perdagangan dua hala,

2. Kebudayaan negara serumpun

3. Perkhidmatan sosial dan kebajikan

Sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai boleh sertai PPKJM dengan mengisi borang dan mendaftar dengan yuran sebanyak RM 100 yuran masuk dan RM 120 untuk yuran tahunan. Kepada usahawan yang ingin menderma secara sukarela kami juga menyediakan tabung derma untuk tujuan kebajikan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang tubuh Persatuan mengikut akta Pertubuhan.

Senarai EXCO PPKJM

Penaung : YB. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Presiden : Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Haji Abdul Rahman bin Bakar

Timbalan Presiden : Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Bhari Abd Rahman

Setiausaha : Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Alex Ong

Bendahari : Yang Berbahagia Dato’ Seri Mau Yon Seong

Ahli Jawatankuasa :

YBhg. Dato’ Dr. Vincent Tang

YBhg. Dato’ Richie Ong

YBhg. Dato’ Haji Haron bin Mohamad Amin

YBhg. Dato’ Dr. Darus bin Ahmad

YBhg. Dato’ Mohd Amini bin Kasani

YBhg. Dato’ Seri Charles Voon

YBhg. Dato’ Dr. Wong Eng Kong

YBhg. Dato’ Seri Francis Fong

YBhg. Dato’ Benjamin Bruce Davidson

YBhg. Dato’ Ng See Kaw

Senarai jawatankuasa ini tidak termasuk senarai ahli jawatankuasa biro-biro yang terdiri daripada biro Perdagangan, Kebajikan, Suka, NGO, Sosial dan Ekonomi, Keahlian serta biro-biro yang diwartakan dalam Mesyuarat jawatankuasa EXCO PPKJM.

Pakaian Jawa yang ditempah khusus untuk Abdidalem Keraton yang bermaksud ahli kehormat Istana, pakaian kebesaran ini hanya dipakai semasa adat istiadat Istana Jawa dan juga acara adat kebudayaan. Kebiasaannya Pakaian ini dipakai dengan blankon Jawa (Solo atau Jogja) kerana blankon juga terdapat dua jenis iaitu Blankon Kerabat Solo dan Blankon kerabat jogja.

Manakala Lencana dan Bintang dipakai, jika mempunyai gelaran dan juga selempang boleh dipakai untuk melengkapkan pakaian kebesaran jawa ini.

Jika penerima terdiri daripada Negara Asing seperti Malaysia, Singapura dan Negara-negara Komenwel yang lain, sila rujuk protokol yang telah ditetapkan oleh Negara Asal penerima bagi menghormati pakaian kebesaran Negara masing-masing, Penerima darjah ini boleh memakai pakaian kebesaran untuk menghadiri majlis-majlis rasmi yang diundang khas oleh pihak-pihak tertentu.

Jika penerima mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pihak jawatankuasa Protokol Istana Surakarta di Pejabat Setiausaha Sulit yang mempunyai pengalaman dan boleh beri penerangan dengan betul. Sila klik diruangan hubungi untuk temujanji dan penerangan lanjut.

Darjah Kebesaran

Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)

Darjah ini sesuai diberi kepada mereka yang dikira berjasa kepada Negeri Negara mahupun dalam bidang sukarelawan dan sentiasa membantu masyarakat setempat ataupun membantu dari segi penajaan tidak kira diNegara asalnya atau pun di Karaton dan penerima Gelar ini merupakan ahli kehormat dan ianya boleh diberi jika diperkenan oleh Sri Susuhunan.

Gelaran untuk Lelaki : Dato’

Gelaran Untuk Isteri : Datin

Gelaran untuk Perempuan : Dato’

Gelaran untuk Suami : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)

Darjah ini diberikan kepada mereka yang telah mempunyai Darjah sebelum ini atau pun belum mempunyai darjah tetapi layak untuk menerima, mereka ini digolongkan sebagai ahli kehormat dan diberi gelaran ini jika ianya dipersetujui oleh Sri Susuhunan dan beliau ini hendaklah berjasa dan berbakti kepada Karaton.

Gelaran untuk Lelaki : Dato’ Paduka

Gelaran Untuk Isteri : Datin Paduka

Gelaran untuk Perempuan : Dato’ Paduka

Gelaran untuk Suami : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)

Darjah ini adalah merupakan Darjah Kelas dua jika dibandingkan dengan Darjah Seri Setia Kanjeng Pangeran dan Darjah ini adalah kepada mereka yang baru dianugerahkan manjadi Dato’ dari Karaton Surakarta dan belum mempunyai pengalaman luas tetapi layak untuk menerima Darjah ini, maka difikirkan sesuai untuk diberi Gelar ini jika ianya diperkenan oleh Sri Susuhunan dan penerima Darjah ini digolongkan sebagai ahli kehormat.

Gelaran untuk Lelaki : Dato’ Seri

Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri

Gelaran untuk Perempuan : Dato’ Seri

Gelaran untuk Suami : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)

Darjah ini beri kepada mereka yang telah pun berjasa dan dikira sesuai oleh Sri Susuhunan dan mereka ini haruslah menyetahui adat istiadat budaya Karaton disamping itu, mereka ini hendaklah sentiasa memikirkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan untuk Karaton dan penerima Darjah ini dikelaskan sebagai orang yang dihormati.

Gelaran untuk Lelaki : Dato’ Seri

Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri

Gelaran untuk Perempuan : Dato’ Seri

Gelaran untuk Suami : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (2004)

Darjah ini diberikan kepada mereka yang telah meneri Dato’ atau Gelar dari Istana Surakarta atau telah mempunyai Gelaran Khusus yang diberikan oleh Mana-Mana Raja dan Sultan atau yang DiPertuan Negeri layak menerimanya jika difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan dan beliau hendaklah berjasa dan hendaklah setiasa membantu Istana tidak kira dari apa-apa bidang yakni bidang tenaga atau pun bidang pengelolaan Kebudayaan Jawa dan beliau ini akan menerima gelaran Khusus disamping menerima Gelaran Darjah Kerabat Istana.

Gelaran untuk Lelaki : Dato’ Seri dan beserta ( Gelaran Khusus )

Yakni : Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Paduka Raja dan dikuti oleh namanya

Gelaran untuk Perempuan : Datin Seri dan beserta (Gelaran Khusus )

Yakni : Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Raja dan diikuti oleh namanya

Diwujudkan dan diwartakan (1893)

Darjah ini diberikan kepada mereka yang dikira sesuai oleh Sri Susuhunan dan kebiasaannya seperti Permaisuri Raja / Sultan atau Yang DiPertuan dan juga boleh ditimbangkan kepada anakdanya yang sudah matang dan berjasa kepada Istana dan ianya dikelaskan sebagai ahli yang amat dihormati dan disanjung tinggi.

Gelaran untuk Lelaki : Tiada

Gelaran untuk Perempuan : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (1945)

Darjah ini diberikan kepada Raja / Sultan atau anakdanya atau Permaisuri atau pun mana-mana Menteri dan Ketua Negara yang berkhidmat lebih daripada 25 Tahun dan dikira layak oleh Sri Susuhunan, Penerima Darjah ini dikira seorang yang amat dihormati dan disanjung tinggi.

Gelaran untuk Lelaki : Tiada

Gelaran untuk Perempuan : Tiada

Diwujudkan dan diwartakan (1893)

Darjah ini diberi kepada Sultan atau Raja atau Ketua Negara yang di kira sesuai oleh Sri Susuhunan dan Penerima Darjah ini merupakan ahli Kerabat yang paling tinggi di Istana Surakarta Hadiningrat dan ianya dikelaskan sebagai orang yang amat dihormati dan amat disanjungi.

Gelaran untuk Lelaki : Tiada

Gelaran untuk Perempuan : Tiada